Thursday 6 December 2012

Rancangan Pengajaran Harian


Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh             :  24.10.2012
Hari                 : Rabu
M.Pelajaran     : Bahasa Malaysia ( Pemulihan Khas )
Tahun              :  1 Amanah
Bilangan Murid:  9 orang
Masa               :   2.15-3.15 ( 60 minit )
Tajuk               :  Tubuh Saya
Kemahiran      : 33.   Menyatu dan memadankan dua suku kata menjadi perkataan yang bermakna
                                    berdasarkan suku kata KVKV
                          35.   Menulis perkataan berdasarkan gambar
Objektif           :  Pada akhirpengajaran dan pembelajaran ini murid dapat;
                           1.   Menyatukan dua suku kata menjadi perkataan yang bermakna sekurang-
                                  kurangnya 5 perkataan betul.
                        2.  Menulis sekurang-kurangnya 4 perkataan betul berdasarkan gambar.
                         
Pengetahuan Sedia Ada:  Murid sudah tahu bunyi suku kata KV
Konsep                       : Pendekatan konstrukvisme
Bahan Bantu Mengajar: LCD, gambar tunggal, kad suku kata KV, kad perkataan, carta tubuh badan,
                                        lembaran kerja, belon
Penerapan Nilai`:   Bekerjasama, Kebersihan diri dan persekitaran, berhati-hati. Kasih sayang









Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
5 Minit
Lakonan orang buta sedang berjalan

1. Guru mengarahkan  seorang murid berlakon sebagai orang buta sedang berjalan..
2. Guru bersoaljawab dengan murid mengenai isi lakonan tadi.
3. Guru memperkenalkan tajuk pelajaran.
1. Seorang murid berlakon di hadapan kelas mengikut skrip yang guru sediakan.
2. Murid memberi respon mengenai lakonan tadi.
Teknik lakonan

Langkah 1
  10 minit

Gambar tunggal dan perkataan KVKV;
1.  mata
2.  bahu
3. dagu
4.  kaki
5.  kuku
6.  muka

1.Guru mempamerkan gambar.
2. Guru mengarahkan murid membaca perkataan yang dipamerkan.
3. Guru bersoaljawab  dengan murid mengenai gambar tersebut.

1. Murid membaca perkataan KVKV yang dipamerkan oleh guru.
2. Murid bercerita mengenai gambar.

Kaedah kelas dan individu.
-membaca
- Teknik bersoaljawab
-pandang sebut

  Langkah 2
 ( 10 minit)

 Membunyi suku kata KV. Melengkapkan suku kata supaya menjadi perkataan bermakna,
Carta tubuh badan
Suku kata- da, ja, ka, ku, gi, pi,ki, ri, gi, hi,
-dagu
-pipi
-kaki
- dahi
- gigi
- mata
- kuku
-jari
1. Guru mempamerkan carta gambar tubuh badan.
2. Guru bersoaljawab mengenai gambar.
3. Guru mengedarkan kad suku kata KV kepada setiap murid.
4.Guru mengarahkan murid membunyikan suku kata yang dipegang.
4. Guru mengarahkan murid melengkapkan perkataan berdasarkan anggota badan dalam gambar dengan suku kata yang ada pada murid.
4. Guru mengarahkan murid membaca perkataan yang telah terbentuk secara kelas , kumpulan, dan individu.

1.Murid memerhatikan gambar.
2. Murid bersoaljawab dengan guru mengenai gambar.
3.  Murid membunyikan suku kata yang terdapat pada gambar.
4. Murid melengkapkan perkataan berdasarkan anggota badan dalam gambar dengan suku kata yang ada  pada murid.
5.  Murid membaca perkataan yang telah terbentuk berdasarkan gambar secara kelas, kumpulan, dan individu.

Bersoaljawab
-Kaedah kelas, kumpulan dan individu
-memadan sukukata KV
Langkah 3
( 10 minit)
Belon
-kad tugasan –kad suku kata KV kereta api
- kaki
-dagu
-baju
-dahi
-siku
-kuku
-jari
-gigi
-mata
1. Guru membahagikan belon warna oren dan kuning kepada setiap murid.
2. Guru mengarahkan murid membentuk kumpulan mengikut warna belon.
3. Guru mengedarkan kad tugasan kepada kumpulan masing-masing.
4.  Guru mengarahkan murid menyambung suku kata KV supaya membentuk perkataan KVKV.

1. Murid  mengambil belon daripada guru.
2. Murid membentuk dua kumpulan berpandukan warna belon.
3.  Ketua kumpulan mengambil kad tugasan daripada guru.
4. Murid secara kumpulan mencantum kad suku kata KV kereta api supaya membentuk perkataan bermakna.

Kaedah kumpulan
-mencantum kad suku kata KV
-perbincangan kumpulan
    Langkah 4
    ( 10 minit )

1. Guru mengarahkan murid mempamerkan hasil kumpulan di hadapan kelas.
2.  Guru mengarahkan murid mengeja dan membatang perkataan yang telah terbentuk.
3. Guru mengarahkan murid membaca perkataan secara individu.
4. Guru memberi pujian kepada murid yang telah membaca perkataan tersebut.
5. Guru mengarahkan murid membantu rakan mereka yang masih lemah dalam membaca perkataan yang terbentuk.
1. Setiap kumpul;an yang telah siap menampalkan hasil kerja di papan tulis.
2. Murid membaca setiap hasil kerja di papan tulis.
3. Murid secara individu membaca perkataan yang telah terbentuk.
4. Beberapa orang murid membantu rakan mereka yang masih lemah dalam membaca perkataan.
-membaca secara kelas, kumpulan dan individu.
- Kaedah rakan sebaya
Langkah 5
( 10 Minit )




Lembaran kerja-Menulis perkataan berdasarkan gambar.
-Membina perkataan berdasarkan suku kata KV.
- Mencantum huruf kecil ( utk murid yang masih belum kenal huruf kecil).

1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
2. Kumpulan Bijak menjawab 2 lembaran kerja.
3. Kumpulan pandai menjawab 1 lembaran iaitu menulis perkataan berdasarkangambar.
4. Kumpulan lemah mencantum huruf kecil.
1. Murid menjawab lembaran kerja yang  diberikan oleh guru.
Individu
-mencantum huruf kecil ( untuk murid lemah)
- Menulis perkataan berdasarkan gambar ( untuk murid sederhana dan cerdas).
- membina perkataan ( untuk murid cerdas)
Penutup
( 5 Minit )

Lagu
Kuku,kuku

1.  Guru memperdengarkan lagu melalui LCD kepada murid.
2. Guru bersoaljawab dengan murid mengenai isi lagu.
3. Guru merumuskan pelajaran mengenai kepentingan menjaga kebersihan tubuh badan.

1. Murid mendengar lagu yang diperdengarkan melalui LCD.
2. Murid bersoaljawab dengan guru mengenai isi lagu yang telah didengarkan.
3. Murid menyatakan mengenai kepentingan menjaga kebersihan tubuh badan.

Kaedah  kelas
Mendengar lagu,
LCD
Komputer  riba

No comments:

Post a Comment